Monday, 19 December 2011

MULTIMEDIA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN

Multimedia Dalam Pendidikan

            Di dalam dunia teknologi maklumat masa kini, di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. Jika tidak, maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita. Kita yang berada di dalam dunia pendidikan ini perlulah melihat kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam membentuk sistem yang dapat membantu memberi pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar.

            Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.

            Dalam dunia pendidikan subjek utamanya adalah guru dan pelajar. Adanya guru kerana adanya pelajar. Guru dan pelajar sama-sama telibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah suatu proses dua hala di mana guru mengajar atau menyampaikan ilmu dan pelajar belajar iaitu menerima atau menimba ilmu.

            Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi, walaupun tidak dinafikan akan kejayaan yang telah diperolehi, namun ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan kekangan. Komunikasi sehala banyak berlaku di mana  seseorang guru berperanan sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini boleh mengurangkan minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.

Kehadiran komputer serta teknologi multimedia di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban dan kekangan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran tradisi. Bagaimanakah penggunaan multimedia ini dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?


Mudah Memahami Konsep

            Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep. Dengan adanya gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, dalam mengajar Sistem Pencernaan Manusia, guru boleh menggunakan teks, grafik dan animasi bagi menunjukkan apa yang berlaku kepada makanan yang dimakan oleh seseorang bermula daripada makanan itu dimasukkan ke dalam mulut sehinggalah ia diserap ke dinding usus dan bahan buangan dikeluarkan dari badan sebagai najis.

            Dalam topik Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk dalam Matematik Tingkatan Empat, misalnya, penggunaan gambar dan video boleh digunakan bagi menunjukkan penggunaan konsep nisbah trigonometri dan sudut dongakan dan sudut tunduk untuk menyelesaikan masalah harian seperti menganggar tinggi tiang bendera. Dengan cara ini, konsep yang dibina dapat diperkukuhkan lagi.

Mengingat Lebih Lama

            Dalam dunia pendidikan, penilaian dalam bentuk ujian dan peperiksaan amat penting bagi menguji keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keputusan peperiksaan yang cemerlang amat penting bagi pelajar untuk melayakkan diri mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

            Setiap pelajar mempunyai kemampuan pembelajaran yang berbeza (Gardner, 1993). Pelajar yang pencapaiannya sederhana dalam sesuatu mata pelajaran perlu dibantu bagi membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Dalam zaman era teknologi maklumat ini, multimedia dapat membantu pelajar ke arah itu. Konsep yang digunakan ialah ‘membawa guru balik ke rumah pelajar bagi membantu pelajar membuat ulangkaji’.

            Menurut Gagne (1985) untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran pelajar perlu mengulangi pelajaran itu beberapa kali. Kaedah pembelajaran berulang menjadikan sesuatu perkara itu mudah difahami dan diingati lebih lama. Penghasilan VCD Fokus Skrin, dengan merakam penerangan guru mengenai sesuatu konsep dan rakaman dibuat  berfokus kepada skrin komputer atau LCD.

            Pelajar seolah-olah melihat penerangan guru kepada sesuatu konsep di rumah dan jika kurang faham boleh diulangtayang seberapa banyak kali yang dikehendaki sehingga faham. Ini dapat mengatasi defisit pembelajaran di dalam kelas. VCD ini boleh digunakan juga apabila hampir dengan peperiksaan untuk mengingat kembali konsep yang telah diajar.

Menarik minat pelajar

            Sesetengah mata pelajaran seperti Matematik, merupakan suatu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar. Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat menarik minat pelajar kepada subjek berkenaan. Multimedia memudahkan pemahaman-pemahaman idea-idea Matematik yang abstrak. Ia membantu dalam penyiasatan masalah Matematik dan menunjukkan maklumbalas perubahan bentuk objek atau ukuran secara spontan. Contohnya, dengan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP), perubahan satu titik pada objek akan mengubah bentuk objek tersebut, perubahan nilai data akan mengubah nilai data berkaitan secara spontan dalam MS-Excel.

            Guru perlu menunujukkan sikap yang positif terhadap matematik kerana ia akan memberikan kesan kepada sikap pelajar. Guru yang menunjukkan minat terhadap matematik akan mendorong pelajar untuk meminatinya. Biasanya minat pelajar berdasarkan sikap dan aspirasi yang ditunjukkan oleh guru. Guru perlu melibatkan diri dalam pembelajaran pelajar dan perlu menampakkan bahawa mereka berminat dalam pembelajaran pelajar mereka. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi seperti komputer dan internet. Para guru boleh mendapatkan maklumat daripada laman-laman web matematik yang ada dan menggabungkannya dengan konsep yang diberikan dalam buku teks dan buku rujukan dalam membina  bahan pengajaran sendiri dengan menggunakan perisian GSP dan MS-Powerpoint. Dengan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia ini dapat mengurangkan rasa bosan pelajar terhadap matematik.

Penjimatan masa

            Masa itu emas. Ia sangat berharga terutama  kepada seorang guru dan pelajar. Melalui bahan multimedia yang telah disediakan sendiri atau melalui bahan pengajaran yang dibekalkan kepada sekolah, guru dapat menjimatkan masa melukis rajah yang agak kompleks di atas papan tulis. Contohnya dalam matapelajaran Biologi, guru tidak perlu melukis rajah jantung di papan tulis. Dengan mudah rajah jantung boleh diperolehi daripada internet dan guru hanya perlu muat turun rajah dan maklumat tersebut seterusnya boleh ditayangkan kepada pelajar di dalam kelas menggunakan projektor LCD. Bahan ini boleh digunakan untuk mengajar kelas-kelas yang lain atau boleh digunakan oleh guru-guru yang lain dengan mudah dan cepat.

            Dengan menggunakan kaedah auditori dan visual dalam mempersembahkan maklumat, pelajar dapat memproses maklumat itu dengan lebih cepat dan dengan itu proses pembelajaran dapat digalakkan.(Michelich.V.,2001)

Kaedah mengajar berpusatkan murid – guru bertindak sebagai pembimbing

            Menurut kajian yang dilakukan Al Ghamdi (1987), mendapati bahawa perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan efektif.

            Menurut Key Curriculum Press (2001) Perisian Geometer’s Skechpad, GSP ialah sebuah sistem perisian untuk membina , meneroka dan menganalisis secara luas dalam bidang Matematik. Menggunakan perisian ini kita boleh meneroka dan membina model Matematik interaktif daripada penyiasatan yang asas hingga ilustrasi yang kompleks. Sebagai contoh guru boleh membimbing pelajar menyiasat nisbah perimeter kepada diameter bagi beberapa buah bulatan untuk mendapatkan nilai Ï€ iaitu 3.142, meneroka soalan-soalan berkaitan dengan tangent sebuah bulatan dan masalah-masalah terbuka. Pelajar boleh melakukan pembinaan geometri dan mereka sendiri menentukan formula untuk menghuraikan perhubungan-perhubungan yang mereka temui. Selain daripada itu pelajar boleh melihat dengan jelas bagaimana penjelmaan yang terdiri daripada translasi, pantulan, putaran dan pembesaran berlaku, menerangkan sifat-sifat setiap penjelmaan itu secara meneroka dan menyiasat. Ini boleh menarik minat pelajar terhadap keindahan matematik dan cuba mengaitkannya dengan dunia sebenar.

10 Gambar Model Tabung Roket

Pandangan belakang kiri
Pandangan belakang kanan
Pandangan depan kanan
Pandangan depan kiri
Pandangan depan
Pandangan atas 
Pandangan belakang
Pandangan sisi kanan
Pandangan atas
Pandangan sisi kiri

10 Teknologi Masa Kini

Robot Canggih Ciptaan Petani

Dulu, robot cuma dipakai dalam industri-industri sahaja. Namun, seiring perkembangan teknologi yang pesat dan cepat, fungsi robot mengalami pertukaran dimana mereka bukan cuma digunakan sebagai alat bantu dalam kerja produksi, tetapi juga sebagai teman dalam rutin sehari-hari. Seorang petani dari Cina merasa berat melepas robot kesayangannya. Wu Yulu – demikian nama petani tersebut – terpaksa menjual salah satu robotnya untuk membayar hutang, kerana rumahnya habis terbakar.

Robot Mikro di Dalam Pembuluh Darah



   Angin ahmar atau strok merupakan penyakit yang sangat digeruni. Strok berpunca dari masalah arteri atau pembuluh darah yang tersumbat dan menyukarkan pengaliran darah dengan lancar sampai ke otak. Sekatan ataupun halangan darah sampai ke otak menyebabkan otak tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi dan boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak dilakukan rawatan kecemasan.
Untuk merawat penyakit angin ahmar yang kronik, doktor dan pakar surgeri biasanya menggunakan kaedah pembedahan yang kompleks melibatkan pelebaran salur darah yang sempit atau memindahkan salur darah yang mengalami masalah ke laluan alternatif yang lain (bypass). Pembedahan saraf otak merupakan pembedahan berisiko tinggi yang boleh mendatangkan trauma kepada pesakit. Ia merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan pesakit seperti yang dialami oleh golongan berumur yang menderita penyakit angin ahmar. Proses pembedahan salur darah otak merupakan kaedah yang sangat rumit dan pakar-pakar dalam bidang teknologi perubatan dan kejuruteraan tepat (precision engineering) sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk mengurangi masalah yang dihadapi.
Sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Profesor James Friend dari Micro/Nanophysics Research Laboratory dari University Monash, Australia telah menjalankan satu kajian menghasilkan robot mikro yang dapat dimasukkan ke dalam pembuluh darah bagi mengesan dan merawat penyakit kronik seperti angin ahmar, masalah jantung, Alzhemier dan sebagainya. Ketika artikel ini ditulis, mereka sedang berada di peringkat akhir dalam proses merekabentuk dan melakukan ujian memasukkan robot mikro tersebut ke dalam arteri darah haiwan sebagai sampel ujikaji. Kemajuan hasil penyelidikan tersebut telah pun diterbitkan dalam sebuah jurnal terkemuka iaitu Institute of Physics Publishing’s (IOP), Journal of Micromechanics and Microengineering. Di dalam jurnal tersebut, mereka menerangkan dengan terperinci bagaimana sejenis bahan yang dikenali sebagai bahan piezoelektrik yang digunakan sebagai komponen paling utama untuk menghasilkan robot mikro yang hanya bersaiz 250 mikrometer, iaitu kira-kira bersaiz sebutir garam yang dapat bergerak atau berenang di dalam arteri darah.

Gabungan antara Kereta dan Motosikal

Mesin motor (1000 cc) ini menggunakan mesin dari motor Laverda dan lampu depan diambil dari Kawasaki 1000 RX sedangkan untuk bentuk mobil merupakan gabungan dari mobil Volkswagen GTI, an Audi 80 and a Citroen Xantia. Pembuatnya Francois Knorreck dari Itali yang telah menghabiskan masa lebih dari 10 tahun dengan 10 000 jam masa bekerja serta menghabiskan kos pengubahsuaian sebanyak US$ 21 000.

Jaket Tembus Pandang

Teknologi masa kini mungkin jauh dari perkiraan anda, kerana Prof. Rusia Oleg Gadomsky  memiliki metode baru tentang kamuflase optik. Profesor ini ahli dalam bidang kuantum optik dan elektronika. Teknologi Gadomsky  benar-benar berbeza dari yang  metode kamuflase optik yang ada saat ini. Pada tahun 2003, laboratorium TACHI  di Universitas Tokyo menunjukkan sebuah “Jaket Tembus Pandangt” – yang sebenarnya tidak lebih dari proyeksi dari gambar di balik jaket yang diproyeksikan kembali ke atas jaket. Ini mengingatkan saya tentang jaket yang dimiliki oleh Potter dalam filmnya Harry Potter.

Teknologi Bluetooth



 Teknologi bluetooth memiliki fitur-fitur utama ketangguhan (robustness), ketahanan daya yang kecil (low power consumption) dan kos yang murah. Perangkat Bluetooth menghindari interferensi dengan sistem lainnya dengan cara mengirimkan gelombang yang sangat lemah, berkisar 1 milliwatt. Sebagai perbandingan, kekuatan telefon selular dapat memancarkan suatu gelombang 3 watt.Teknologi bluetooth saat ini telah mengglobal dan menjadi standard untuk menghubungkan pelbagai device elektronik, mulai dari mobile phone, portable computer, kereta, stereo headset, sampai MP3 player dll. Bluetooth juga memiliki konsep unik “profile”, sehingga memungkinkan produk  dapat bekerja tanpa menginstall driver, selain itu Bluetooth juga menyediakan layanan keselamatan built-in. Terdapat 3 mode keselamatan pada spesifikasi bluetooth, aitu :
Mode Keamanan 1 : non-secure
Mode Keamanan 2 : service level enforce security
Mode Keamanan 3 : link level enforced security
Device security levelnya terbahagi menjadi 2, aitu : trusted device dan untrusted device, sedangkan service security levelnya terbagi menjadi 3, yaitu :
a. Service yang membolehkan authorization dan authentication
b. Service yang hanya memerlukan authentication
c. Service yang terbuka untuk semua device
Selain keselamatan yang memadai, teknologi bluetooth relatif mudah digunakan kerana Bluetooth tidak memerlukan kita untuk melakukan apapun yang khusus untuk membuatnya bekerja. Perangkat menemukan satu sama lain dan mulai membunyikan suatu percakapan tanpa masukan pengguna sama sekali. Bluetooth juga mendukung kemampuan ad hoc, yakni jaringan sederhana di mana komunikasi terjadi di antara 2 peringkat atau lebih pada cakupan area tertentu tanpa harus memerlukan sebuah access point atau server. 


Tuesday, 13 December 2011

ROBOT ROOMBA

Robot yang diproduksi oleh iROBOT ini mampu mebersihkan rumah tanpa diperintah. Dijual dengan harga 200-500 dollar AS, robot yang diperkirakan telah dipakai oleh 2 juta rumah di dunia ini mampu membersihkan perabot rumah, lantai, tangga, dan karpet. Setiap menyentuh barang yang terbuat dari bahan berbeda, robot ini akan menyesuaikannya sehingga proses pembersihan tidak merosakkan barang. iROBOT sendiri didirikan oleh sekelompok orang yang menamakan dirinya "geeks" dari Massachusets Institute of Technology (MIT).

Moto GP Helmet Sound System



Moto GP Helmet Sound System, helmet ini mempunyai sepasang spiker berkekuatan 7 Watt. Helmet ini boleh menampung iPod atau iPhone di belakang kacanya. Terdapat port USB dan slot kad memori SD. Dengan rekaan yang menarik ini ianya akan menjadi kegilaan ramai pembonceng motosikal terutama kepada penunggang motor berkuasa tinggi.

BANG & OLUFSEN SERENE

Antara jenama mewah dan pengeluar telefon Bang & Olufsen dan Samsung ialah Serene yang dijual dengan harga £ 675. Ini mempunyai design ramping dengan motor built-in untuk membuka dan menutup telefon. Ada beberapa masalah design kerana anda perlu menggunakan pemutar skru untuk membuka bahagian bateri dan kad SIM.

Oakley Sunglasses

Kacamata ini mengenakan perangkat yang telah diperlengkapi dengan 100 minit perakam video, 64 jam pemutar mp3 dan 35.000 penyimpanan foto, kita dapat menyimpan pelbagai aktiviti secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan orang lain. Sambil mengintip, kita juga boleh mendengar musik mp3. Harga kacamata canggih ini berharga $199.99. Ketika membelinya, kita sudah mendapatkan charger, user manual guide, kabel usb, antena, cd driver sebagai perangkat dasar untuk memberi fungsi yang lebih baik serta mendownload hasil rakaman. Format multimedia yang disupport adalah MP3, WMA, AMR, WAV.

CR-Z Honda

Honda sudah mempunyai produk berprestasi masa depan dengan melancarkan CR-Z. Model ini boleh dikatakan jelmaan semula CRX yang popular pada zaman 80an dan 90an. Jika remaja waktu itu boleh berbangga dengan enjin VTEC generasi muda kini pula dibekalkan dengan enjin hibrid 1.5 liter i-VTEC berkuasa 122hp. Honda CR-Z dipakejkan sebagai coupe dua pintu dengan rekaan yang bergaya, mempunyai pengendalian yang bagus dan paling penting mesra alam. Enjin 1.5 liter i-VTEC berkuasa digabungkan dengan Integrated Motor Assist atau lebih dikenali dengan singkatan nama IMA iaitu nadi kepada kuasa dan penjimatan CR-Z. Buat pertama kali untuk kereta hibrid, kereta ini dipasangkan transmisi enam kelajuan manual. Jika malas hendak menukar gear, pelanggan ditawarkan pula transmisi Continuously Variable Transmission [CVT] dengan pedal penukar gear di stereng ala kereta lumba.